Sunday, December 27, 2015

KELULUSAN PENEMPATAN TAHUN 1 DAN TAKLIMAT
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2016

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kanak-kanak ke Tahun 1/2016 akan di adakan seperti ketetapan berikut :

             Tarikh : 31 Disember 2015
              Hari    : Khamis
             Masa    : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
             Tempat : Dewan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,SK Titi Gajah

Murid-murid yang terlibat dikehendaki hadir dengan berpakaian seragam sekolah.



2.          Tuan/puan wajib membawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran nanti :    
             2.1.   2 salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak yang disahkan.
             2.2.   1 salinan Penyata Gaji/Slip gaji suami dan isteri terkini yang disahkan.
             2.3.   1 salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa yang disahkan.
             2.4.   Borang pengakuan Pendapatan Suami dan Isteri (yang tiada penyata gaji/slip gaji)
             2.5.   Borang Pendaftaran pelajar tahun 1/2016
             2.6.   4 keping Gambar berukuran pasport
             2.7.   Borang APDM yang dikepilkan bersama perlu diisi dengan lengkap.

3.          Sekiranya tuan/puan tidak melengkapkan dokumen-dokumen yang diminta, pendaftaran anak tuan/puan dibatalkan.

4.          Pihak sekolah menganggap tuan/puan menolak tawaran kemasukan ke sekolah ini sekiranya tidak mendaftarkan kemasukan anak/jagaan tuan/puan pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.