KELULUSAN PENEMPATAN TAHUN 1 DAN TAKLIMAT
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2016
Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kanak-kanak ke Tahun 1/2016 akan di adakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 31 Disember 2015
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat : Dewan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,SK Titi Gajah
Murid-murid yang terlibat dikehendaki hadir dengan berpakaian seragam sekolah.
2. Tuan/puan wajib membawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran nanti :
2.1. 2 salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak yang disahkan.
2.2. 1 salinan Penyata Gaji/Slip gaji suami dan isteri terkini yang disahkan.
2.3. 1 salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa yang disahkan.
2.4. Borang pengakuan Pendapatan Suami dan Isteri (yang tiada penyata gaji/slip gaji)
2.5. Borang Pendaftaran pelajar tahun 1/2016
2.6. 4 keping Gambar berukuran pasport
2.7. Borang APDM yang dikepilkan bersama perlu diisi dengan lengkap.
3. Sekiranya tuan/puan tidak melengkapkan dokumen-dokumen yang diminta, pendaftaran anak tuan/puan dibatalkan.
4. Pihak sekolah menganggap tuan/puan menolak tawaran kemasukan ke sekolah ini sekiranya tidak mendaftarkan kemasukan anak/jagaan tuan/puan pada hari tersebut.
Sekian, terima kasih.